Sejarah Taman bandaran

Dalam The Politics of Park Design: A History of Urban Parks in America, (Cambridge, Massachusetts: MIT Press, 1982), Profesor Galen Cranz mengenalkan empat fasa reka bentuk taman di A.S. Pada lewat kurun ke-19, bidang besar tanah di pinggiran bandar-bandar telah dibeli oleh kerajaan bandar untuk mencipta "tanah kenikmatan": separuh terbuka, kawasan-kawasan dilandskap secara indah yang tujuan asasnya adalah untuk membernarkan penghuni bandar, khususnya para pekerja, untuk berehat. Apabila waktu berlalu dan kawasan bandar membesar di keliling taman, tanah di taman-taman ini digunakan untuk tujuan lain, seperti kebun haiwan, kelab golf dan muzium. Taman=taman ini terus menarik para pelawat dari keliling rantau dan dianggap taman serantau, kerana mereka memerlukukan suatu taraf lebih tinggi pengurusan daripada taman tempatan yang lebih. Menurut dengan the Trust for Public Land, taman perbandaran yang paling dilawat di Amerika Syarikat adalah Central Park di New York, Taman Lincoln di Chicago, dan Taman Mission Bay di San Diego, secara tertentu.[1] Taman bandar masyhur lain termasuk Monsanto Forest Park (terbesar di Eropah) di Lisbon, Portugal, Taman Richmond di London, UK dan Taman Stanley di Vancouver, Kanada.

PAda awal 1900an, menurut dengan Cranz, bandar-bandar A.S. membina taman kawasan kejiranan dengan kolam renang, taman permainan dan bangunan sivik, dengan tujuan Meamerikanisasikan para penghuni pendatang. Pada 1950an, apabila wang menjadi lebih diadakan selepas Perang Dunia II, taman baru terus berfokus pada rekreasi di luar dan di dalam dengan perkhidmatan, seperti liga sukan menggunakan padang bola dan gymnasia mereka. Taman lebih kecil ini dibina di kawasan kejiranan tempat kediaman, dan cuba untuk mengkhidmat semua para penghuni dengan aturcara untuk orang tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Ruang hijau adalah tidak begitu penting.

Apabila harga tanah memanjat, taman bandar baru pada 1960an dan selepas ada terutamanya taman poket. Taman lebih kecil ini memberikan kehijauan, tempat untuk duduk di luar, dan sering sebuah taman permainan untuk kanak-kanak.

Kesemua empat jenis taman terus wujud di kawasan bandar. Oleh kerana jumlah besar tanah lapang dan pembiakan semulajadi di bekas tanah kenikmatan, mereka kini berkhidmat sebagai tempat perlindungan hidup liar, dan sering memberikan satu-satunya kesempatan untuk para penghuni bandar untuk hike atau berkelah di kawasan separuh liar. Meskipun, taman-taman ini dapat disasar oleh pengurus bandar atau ahli politik sebagai sumber tanah bebas untuk kegunaan lain. Separuhnya untuk tujuan ini, sesetengah dari taman ini mempunyai papan amaran "kawan-kawan taman X" yang membantu melindungi dan mengekalkan semulajadi separuh liar mereka.


Taman Ibirapuera dihias untuk Krismas 2007, di São Paulo, Brazil. Pantai Taman Millennium di tebing Sungai Grand di Grand Rapids, Michigan. Suatu pemandangan Los Angeles Barat dan Hollywood Sign dari Griffith Park.